Radio Klasik ialah stesen nasional RTM yang dikhaskan untuk lagu-lagu Melayu klasik dan nostalgia, dengan motonya «Menggamit Kenangan». Ia mula bersiaran dengan identiti sendiri pada 1 Januari 2012 selepas Klasik Nasional dipecahkan kepada dua stesen, meneruskan warisan perkhidmatan radio Melayu RTM yang bermula sejak 1946. Di Kuala Lumpur, stesen ini boleh didengar pada 87.7 MHz.